MASA LALU: PUISI DATU JASNI MATLANI, SABAH MALAYSIA



Aku baru melihatmu sekilas, di hadapanku. Hanya sekilas. Sehingga aku tergamam, dan hilang kata-kata. Sungguh! kau tak pernah berubah. Tak pernah! Kau masih seperti dulu, polos mengajakku berlari menembus padang ilalang. Berbaring di bawah matahari dan melihat lagit putih dengan penuh harapan. Kau tak pernah bosan mengajarku erti kesusahan. Tak pernah! Setiap kali duduk di bawah perdu pohon takdir di atas tanah yang menyembunyikan ertii datang dan isyarat pulang. Katamu, menangislah hanya apabila perlu. Jangan bazirkan air mata dan benarkan kesedihan menghilangkan semerbak aroma bunga-bunga di tubuhmu, kerana aku sangat cinta kepadamu. Jika kau tak pernah muncul dan kita tak lagi bertemu selepas ini. Aku tahu kita pernah ada, dan kau menyatu dalam seluruh kesakitanku.

DJM

Comments